name : kecemper1801 @ e.d
location : just about anywhere on earth
age : old enough to watch 18sx movie
gender : female
description : could be the wife of "Pak Mat Tempe"
occupation : jobless
   

<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






Tuesday, July 22, 2008
accept d fact, he's not meant for me

"the worst way of missing someone is to be sitting right next to them knowing you can't have them"

so true. there i was, and he was sitting right nex to me, and yet he never realized how i felt abt him, about the whole situation. it's freakin hard, but hafta accept d fact that he is not interested. let go. let loose of the things in the past. move on. yeah, but this on tough lad is a good example or someone who never really got over the past... the past still haunt him, and it affects his decision in choosing. so, i shifted to radhi, who is always ever willing to be there for me. even though my heart's not really fallen for him, but he's the second best choice. or rather, i've no choice at all. heck...

Posted at 01:40 am by idie_shermans
Make a comment  

Friday, July 04, 2008
unbearable

he's taken... he belongs to someone else. no way i will snatch another woman's property. although this feeling is unbearable. sometimes it left me moody. sometimes i feel sad. sad because i like him, but he belongs to someone else. isnt it good if he feels the same way about me too? isnt it good if this finally has a happy ending. sometimes i feel mad at him. mad at him for not liking me. mad at him because i waited for him but he seems like he's ignoring me. but maybe he looks like he's ignoring me, but in reality he is keeping a secret from me. a secret which is heavy to hold.

Posted at 03:36 am by idie_shermans
Make a comment  

Wednesday, June 25, 2008
rujuk alpha dan rujuk bravo

merujuk kepada perkara di atas, melalui rujuk alpha dan rujuk bravo, bak kata husna, tuan gemas tu ada awek. cuma awek dia penah tinggalkan dia. tapi skrg dia masih x putus dgn awek tu lagi, cuma dia dah tak berharap dah dengan awek tu. tu je la. kapt saiful pulak kata takde. dia pun kata takde awek. tapi mula2 dulu dia kata ada awek. skrg dia kata takda awek. hurm, tak kisah lah. anyway, if dia ada awek, aku x mau kacau la. meaning to say, apa yg dia ckp aku bini dia tu main2 je la. ok, aku boleh accept. tapi apa2 pun aku suke ar dia. suka nak kawan dgn dia. suka cara dia. kelakar. dia pandai menghiburkan hati. best. terhibur tgk dia. ye lah, tak salah kan kite suke kat kawan kita, as kawan biasa je. tak da niat lain. kalau dia ada hati kat aku mesti dia dah ckp awal2 lagi. lagipun mesti dia teringin nak pompuan lawa2 kan. aku ni x lawa pun. tapi aku happy dapat ramai kawan baru kat ole ni. termasuk kapt fazli yang berjaya buat aku angau kejap. :)

Posted at 04:27 pm by idie_shermans
Make a comment  

Tuesday, June 24, 2008
clear sign

almost a clear sign. capt fazli on9 tapi x msg aku pun. kalau dia ada hati kat aku mcm aku ada hati kat dia mesti dia tertunggu tunggu aku online. and bila aku online pulak, mesti dia msg. ini dia on9 dia buat bodow je.x msg aku. x balas pun msg aku. biar lah. x kisah. x marah pun. yang penting aku dah tau kat mana duduknya aku. tak payah aku nak berangan2 lagi kawin dgn dia ke hape. dah tau dia x da feeling lain kat aku mcm aku da feeling kat dia. hish, kenapa susah sgt nak baca org.. kan best kalau bleh baca org mcm baca buku. anyway, aku akan jadi pemuja rahsia dia je la. dia takkan tahu. kalau pun dia jg ada crush kat aku, perasaan tu akan berkubur mcm tu aje. sebabkan xda pihak yang nak initiate kan. masing-masing nak pendam. sampai akhirnya masing2 putus asa. maybe aku patut layan tuan mat, yang dah terang2 mengaku nak ngorat aku. mcm mana kalau aku layan tn mat? apa reaksi tuan fazli agaknya ye? dia x kisah punyer laah. iskk, biau lah.

Posted at 03:06 am by idie_shermans
Make a comment  

admiration in progress...

fazli hassan. orangnyer tak hensem pun, rendah je. dark skin. tapi i must admit aku dah suke kat dia. jatuh hati. never thought i'll be able to feel this way again after Nizam dumped me. at the moment ada 2 org yg tengah chase aku. Lt Mat, dgn Radhi. Radhi is so eager, he even asked his mother to talk to me. dgn tuan mat okey, dia pun x hensem. tapi aku suke bercakap dgn dia. and aku suke cara dia yang berterus terang. sedangkan tuan fazli macam layan tak layan je aku. mmg tak layan lah. aku rasa tuan fazli cuma main2 je kata aku bini dia etc. sedangkan dia sendiri takda laa nak sgt ada relationship dgn aku. cuma sekadar lawak2 je agaknya. tapi dia tak sedar, dalam diam aku dah jatuh hati kat dia. sbb ape ek aku suke kat dia? hmm... 1st, sbb dia kelakar, dia selalu buat aku terhibur. walaupun dia tak cakap direct dgn aku, tapi apa je yang dia buat, lagak dan lakunya, sentiasa buat aku terhibur. sebab tu aku suka perhati dia dari jauh. bila dia bersembang dgn skot2 lain. aku suke perhati. kelakar, dia boleh gembirakan aku dgn telatahnya. aku kagum dgn cara dia. macam mana dia boleh maintain cool bila dia jadi ic, org lewat balik dari weekend. dia boleh buat lawak lagi. walaupun muka dia tak senyum, tapi pada aku kelakar la. kalau aku mesti dah hilang sabar. tapi tuan gemas tu penyabar betul orangnye. buat aku kagum dengan dia.

2nd, sebab walaupun org tengok dia loklak, tapi dia tu sebenarnyer serius dalam apa yang dia buat. tu yg buat aku kagum dengan dia. dia sebenarnye boleh diharap sgt2. walaupun dia kuat membebel, tapi bebelan dia tu buat hari tidak sunyi. kalau sehari tuan gemas berhenti membebel, mesti sunyi agaknya kan?

aku selalu berdebar kalau dia ada dekat2 aku. and kalau dia tak ada pulak, aku selalu tatap gambar dia. sampai tahap tu dah aku suka kat dia. erm, susah nak dpt org yg aku suka sampai takat tu. tapi macam biasa la. aku xkan tunjuk kt org tu aku suka dia. mungkin sampai bila2 tuan gemas takkan tahu perasaan aku. mungkin sampai bila2 rahsia ni akan menjadi rahsiaku. tapi biarlah rahsia. rindu kat abang...

Posted at 12:35 am by idie_shermans
Make a comment  

Friday, March 21, 2008
mixed feelings

aku baru balik dari kursus AP hari ni. Alhamdulillah, dapat la C+. Cuma sedih ckit coz buddy baik yang geng 4 orang tu 3 org dpt B grading. Aku sorg je C+. Anyway, xpa lah. Semua ada hikmah disebaliknya. Kebelakangan ni aku rindu sgt kat Nizam. Tapi Nizam bz. Aku faham. Aku boleh tunggu dia. Akan akan tunggu dia sampai hujung nyawa jika perlu. Aku pun x faham dengan diri aku sendiri. Sampai bila aku harus mengorbankan kebahagiaan aku demi untuk hubungan yang aku pertahankan seorang diri. Nizam masih menghubungi aku kadang kala. Walaupun tidak sekerap dulu, tapi cukup untuk mengubat rinduku yang bersarang padanya. Tapi aku sedar, jika masih tiada perubahan di pihak Nizam, untuk belajar semula, perkara yang paling aku takuti akan terjadi juga. Aku akan kehilangan Nizam jg suatu hari nanti jika Nizam masih tak mahu belajar. Aku tahu perkara ni berkemungkinan besar akan terjadi. Pastinya suatu hari nanti Nizam akan berumahtangga juga. Dan aku harus redha dengan keputusan itu. Hari-hari kulalui dengan penuh gusar. Persoalan sekarang bukanlah samada Nizam akan meninggalkan ku atau tidak. Persoalannya sekarang ialah Nizam akan meninggalkanku tapi bila. Bila akan sampai waktunya Nizam akan meninggalkanku. Dan aku harus bersendirian dengan rindu dan kenangan pada Nizam yang x mungkin akan aku lupakan. Mampukah aku melalui saat2 itu nanti? Satu keperitan yang pastinya lebih sakit dari tusukan sembilu bisa. Mampukah aku melalui saat2 Nizam akan meninggalkanku untuk berkongsi hidup dengan orang lain? Aku x mahu hidup untuk menyaksikan saat itu tiba.... takutnyer... adakah aku akan terbelenggu dalam kepompong kesedihan seperti yang pernah kualami ketika kusedar Nizam telah memilih Su dan bukan aku? Aku seakan fobia dengan kekecewaan ini. Seakan2 hidup tiada sinar ceria detik Nizam hilang dari hidupku.

Lepas satu persatu tembelang Nizam terbongkar dihadapan ku. Namun aku masih menerima dan memaafkan Nizam. Aku mampu menerima Nizam seadanya. Biar apa pun yang pernah dilakukan. Biar sebesar mana pun dosanya. Asalkan Nizam mahu berubah dan balik ke pangkal jalan. Aku kecewa kenapa Nizam tak mahu berubah. Sedangkan tiada dosa yang tidak akan diampunkan selain syirik. Pada aku Nizam masih Nizam yang penyayang, pandai mengambil berat dan mengambil hati walaupun aku tau dah banyak perkara yang telah dilakukannya. Aku tau Nizam boleh berubah jadi baik semula. Sebab dia mmg baik dari mulanya. Entahlah... aku pun x tau lah. yang aku tahu, aku akan sentiasa berada di sisinya, memberi kasih sayang dan menjadi teman yang setia untuk kekasihku.. Walaupun kasihku tidak berbalas, aku akan tetap ada untuk Nizam. Aku x boleh nak turuti kehendak nafsunya, mungkin sbb itu Nizam tinggalkan aku. Tapi aku akan jadi teman yang akan setia di samping Nizam dalam waktu senang dan susahnya.

Kenapa susah sgt aku nak lupakan Nizam. Bukan aku x cuba berkawan dgn org lain. Aku cuba penuhi syarat yang Nizam kenekan kepada aku. "Kalau ayang nak abg contact ayg lagi, syaratnya, kalau ada orang lain, ayang kene cuba bagi peluang pada dia." Aku cuba, aku ikut, tapi tak pernah yang kekal lama. Aku kapel dengan Azrul 2 bulan, skandal dengan Zaini 3 bulan, kawan dengan Faizul dan Hafis. Cuba accept Faizul sebagai pakwe aku. Tapi aku sedar aku hanya berpura-pura. Aku buat2 je suka kat Faizul. Aku lgsg x mampu nak ckp rindu atau syg kat Faizul. Sedangkan dengan Nizam perkataan syg dan rindu dah jadi sebati dengan ayat2 aku. Pantang ckp je, mesti akan terkeluar perkataan rindu, sb mmg sungguh aku rindu kat Nizam. Aku pun x tau la mcm mana aku nak handle Faizul ni. Dia dah x sabar2 nak antar rombongan meminang. Aku pulak asik bagi bermacam2 alasan. Kadang aku rasa, disebabkan nak ikut syarat yang Nizam bagi, aku terpaksa jadi hipokrit dan Faizul terpaksa jadi mangsa. Aku telah mempermain2kan perasaan Faizul tanpa aku rela. Pernah jg aku terfikir, nak ikutkan aje Faizul nak bertunang tu. Tapi, aku dok fikir, sanggup ke aku duk serumah dengan org yg aku anggap asing? orang yang aku xda perasaan pun kat dia? Aku tak sanggup. Tapi aku sanggup hidup ngan Nizam. Tapi kalau Nizam tak sanggup hidup ngan aku, tak pe, aku rela terima je kalau ini dah ditakdirkan nasib aku. Kalau aku dah ditakdirkan tak akan berkahwin sampai bila2 aku redha je. Kasih syg aku hanya untuk Nizam. Aku x sanggup terima org lain kerana terpaksa. Aku xnak kecewakan org tu. aku buntu sgt. Mcm mana nak buat ni ek?

Posted at 11:53 pm by idie_shermans
Make a comment  

Tuesday, February 05, 2008
5 Feb 2008

Aku baru masuk pejabat. Jam pukul 9 pagi. Hari ni aku masuk lewat. Sebabnya aku sampai di mess menjelang subuh. Aku minta excuse PT dari Kapt Nazrul. Bukan aku tak larat. Kalau tak tidur pun aku boleh je PT. Aku suke PT. Bukan PT berat pun, berlari je. Memang aku suke PT. Tapi hari ni aku betul2 takda semangat. Lemah aku rasa. Sedih. Pedih hati aku Allah aje yang tahu. Kalau luka boleh nampak dihiris2. Tapi ini sakit di dalam. Pedih sangat. Tambah berat sebab bebanan aku ni tak dapat aku nak luahkan pada sesiapa. Tiada siapa yang betul2 faham dan akan mengerti. Aku rasa berat sangat bebanan yang aku tanggung sendirian ini. Memang orang tak akan tahu. Tapi kalau orang lihat betul2 dalam mata aku, dia akan nampak sebuah kesedihan yang tak mampu diungkapkan. Secebis awan mendung yang sarat dengan bebanan. Kasih tak sampai. Nizam telah buang aku jauh dari hatinya. Pedih bila kekasih yang kusandarkan harapan selama ini pergi begitu sahaja.

Dua minggu lepas, Nizam datang berjumpa aku di Sg Petani. Pada waktu itu aku sukar untuk percaya yang kekasih yang hanya hadir dalam mimpi telah menjelma di depan mata. Kehadirannya kuanggap mimpi yang paling indah. Cuma aku tidak banyak bercakap. Aku terlalu terluka untuk bercakap. Sampaikan Nizam pun perasan perubahanku itu, pada suatu malam tika aku dan Nizam menikmati makan malam berhadapan terminal kargo di Butterworth. Di sebalik deruan lori treler yang tak putus-putus memecut bak perlumbaan di Litar Sepang, Nizam bersuara, ˇ°Kali ni abang pulak yang asik bercakap je.ˇ± Memang. Memang ketika itu aku lebih senang bungkam. Aku seakan tak percaya. Setelah 7 bulan hubungan kami Nizam putuskan, Nizam berada di depanku semula. Dalam keadaan yang sangat mesra. Lantas mengingatkan aku tentang kemesraan Nizam saat mula2 perkenalan kami. Saat di mana aku jatuh hati dengan Nizam. Dan sejak itu, aku bersumpah dengan diriku, cinta aku hanya untuk lelaki ini. Dan aku tak akan khianati selagi aku mampu pertahankannya. Dan lantas mengingatkan aku tentang kecurangan Nizam di belakangku. Aku jadi seakan kekok untuk berdamping dengan Nizam.

Selesai makan, kami beredar menikmati angin malam di tepi pantai Bagan Ajam. Sungguh, suasana ketika itu amat tenang. Dan kemesraan Nizam seakan2 membuai perasaanku yang keliru dan berkecamuk dengan pelbagai andaian dan memori. Nizam cukup2 mengambil berat tentang aku ketika itu. Aku tak nak duduk atas pasir, Nizam carikan sekeping kadbod untuk alas dudukku. Nizam baring di atas pangkuanku. Aku alihkan pandangan ke laut lepas. Aku takut untuk menatap wajah Nizam, walaupun hakikatnya aku teramat rindu. Rindu untuk membelai Nizam dengan penuh kasih sayang. Aku seperti mahu membunuh perasaanku terhadap Nizam. Biarkan perasaan itu pergi umpama kapal2 dan bot2 di laut lepas yang belayar meninggalkan pesisir pantai. Buat seketika aku sangat terhibur setelah lama menanggung derita. Aku terhibur dengan cerita2 Nizam. Cerita tentang seekor ketam besar di tengah laut yang menelan semua air laut sehingga air laut surut. Dan kemudian meluahkan semula air laut dan menyebabkan air laut pasang. Aku benar2 terhibur. Aku pulang malam itu tapi masih enggan menerima hakikat Nizam telah datang kembali.

Selang beberapa minggu berlalu, Nizam tidak putus2 menghubungiku. Walaupun dengan public phone, tapi cukup untuk membuktikan dia masih ingat padaku. Dan buat beberapa ketika, aku seakan2 nampak ada sinar di sebalik awan mendung yang memayungi hubungan kami selama ini. Mungkinkah cerita aku dan Nizam akan berakhir dengan detik bahagia? Seminggu yang lepas, Nizam bertanya padaku, tentang kami. Aku tak pasti apa kehendak Nizam. Pada sangkaanku mungkin Nizam tak mahu aku tersalah anggap yang dia masih kekasihku. Jadi aku pun beri kelonggaran dan tak mahu mengikat Nizam dengan sebarang perhubungan jika itu bukan kemahuannya, walaupun ketika itu aku teramat sangat perlukan Nizam.

         ˇ°Abang nak tanya sikit ni.ˇ±

         ˇ°Tanya lah. Apa dia?ˇ± aku cuba memancing Nizam untuk menyatakan persoalan yang bersarang di hatinya.

         ˇ°Kita ni sebenarnya macam mana?ˇ± Tak kusangka Nizam ingin bertanya tentang hubungan kami. Selama ini aku ingat Nizam tak peduli. Maklumlah, Nizam dah ada penggantiku.

         ˇ°Entahlah bang. Ayang rasa kita mcm ni je lah. Ayg tak nak halang abang. Kalau abang dah ada sapa2 abg bagitau ayg. Kalau ayg pulak ada sapa2 ayg bgtau abg. Tapi selagi xda sapa2, kita mcm ni je lah.Apa pendapat abg?ˇ±

         ˇ°Tak apa lah kalau ayg ckp mcm tu. Tapi macam mana kalau abg tak nak mcm tu?ˇ±

         ˇ°Maksud abg, abg nak lebih dr tu? Mcm dulu?ˇ± Aku terkejut.

         ˇ°AˇŻah. Tapi kali ni bagi lah abg jumpa org tua ayg.ˇ± Sungguh aku tak sangka Nizam telah serius dalam hubungan kami. Kurasakan sinar itu telah kembali. Detik dua saat itu aku benar2 bahagia dengan perubahan yang Nizam tunjukkan. Aku terus memberi persetujuan untuk mengaturkan perjumpaan Nizam dengan orang tua ku. Dan hatiku berbunga kembali. (Bukan setakat bunga2, kalau dalam citer katun tu siap kuar pelangi2 lagi.)

 

         Sabtu, 2 Feb 2008. Nizam datang ke SP setelah mendapat cuti. Aku menunggu dengan penuh sabar. Nizam berjanji untuk menemaniku pulang ke KL. Dia nak hantar aku sampai ke rumah. Waktu itu, berdebar2 sangat perasaanku. Bagaimana penerimaan ibu dan ayah nanti. Tapi aku rela terima. Aku harap Nizam dapat meyakinkan orang tuaku yang dia mampu menjagaku sebaik2nya, dan tak akan menyakiti ku. Dan akan sentiasa menyayangiku dan keluarga kami sampai akhir hayat. Aku tau, Nizam boleh menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab. Aku yakin dengan Nizam. Nizam kekasih aku. Sampai di KL bas berhenti di Hentian Duta. Kami naik feeder bus sampai ke Puduraya. Nizam nak sewa bilik. Dalam hati aku boleh agak kenapa Nizam nak sewa bilik. Aku jadi tak keruan. Aku takut mengulangi dosa2 yang aku pernah lakukan dengan Nizam dulu. Aku nak buang perangai buruk tu. Aku nak jadi baik. Walaupun tak sealim para ulama atau wali, tapi aku nak perbaiki diri aku. Aku sedar aku berdosa dan telah banyak buat salah. Aku tak setuju dengan ajakan Nizam. Tapi aku lihat mendung di wajah Nizam. Nizam kecewa bila x dapat sewa bilik. Akhirnya aku mengalah. Sebagaimana yang aku jangka Nizam mula merapatiku. Dalam keadaan bilik yang suram, aku rasa aku hampir tewas dalam perperangan melawan nafsu. Tapi alhamdulillah, aku tiba2 dikejutkan oleh kenyataan, Mahukah aku menerima lelaki ini yang telah merosakkan seorang anak dara dengan nafsunya? Macam mana pula dengan nasib Su? Sanggupkah aku sebagai wanita, membiarkan wanita lain dirosakkan dan menghalang lelaki itu dari bertanggung jawab? Walaupun aku benci su kerana mengkhianati kepercayaanku, tapi aku tak tergamak biarkan masa depan su gelap semata2 kerana inginkan lelaki yang kucintai ini. Tapi aku dengar cerita dari satu pihak sahaja. Aku tak pernah tanya terus terang pada Nizam apa yang sebenarnya telah berlaku. Mungkin Su saja mengada2kan cerita. Jadi aku terus tanya pada Nizam, walaupun aku tahu, jawapan yang mungkin Nizam berikan pastinya akan menghiris hati aku.

         ˇ°Abang, betul ke abang pernah main dengan Su?ˇ±

         Nizam menarik nafas. Agak lama dia senyap, kemudian mengangguk lesu. Aku jadi lemah seluruh badan. Sukarnya nak terima hakikat ini. Pengakuan jujur dari Nizam sendiri yang dia pernah berasmara dengan Su. Bagaimana harus aku terima hakikat, yang lelaki yang kucintai memeluk orang lain, memuaskan orang lain, menikmati tubuh orang lain, membelai tubuh wanita lain dengan kasih sayang dan kemesraan. Bagaimana harus aku terima semua itu? Siapa aku pada Nizam sehingga dia sanggup menduakan aku. Tentunya aku tak penting bagi dia. Tentunya wanita itu lebih penting. Dan yang lebih penting lagi, seseorang perlu bertanggungjawab atas wanita itu. Kerana walau apa pun terjadi, maruahnya telah diambil oleh Nizam. Dan bagi aku, sebagai wanita, tiada apa yang lebih penting dari maruah dan kesucian diri. Itu yang akan aku pertahankan untuk bakal suamiku, walau siapa pun nanti. Dengan berat hati, aku lepaskan Nizam pergi dengan linangan air mata. Aku lepaskan Nizam walaupun hatiku amat berat. Aku harap Nizam akan mengambil tindakan yang betul. Bagi aku, tanggungjawab aku adalah kebenaran. Aku bukan org baik atau alim. Aku pernah berdosa. Dan masih tidak lari dari dosa. Kadang2 aku malu untuk mengadap Allah dalam ibadatku. Tapi aku mahu buat sesuatu yang betul.

Aku lepaskan Nizam pergi dengan linangan air mata. Aku teruskan perjalananku sendiri tanpa Nizam di sisi. Ku usung beg2 yang kubawa, dan berjalan mengikut kaki. Aku tak tahu kemana hala untuk aku pergi. Aku putus asa buat seketika. Aku duduk di tengah2 keributan Puduraya dan mengumpul semula sisa-sisa kekuatan yang aku ada untuk aku pulang ke rumah bertemu ibu dan ayah.

         Nombor Nizam dan Su silih berganti muncul di skrin telefon bimbitku. Aku tak sanggup untuk mendengar suara Nizam lagi. Apatah lagi suara Su, yang pasti merasa bangga bila aku lepaskan Nizam. Su, bgtau, dia x kisah kalau Nizam tak balik kat dia. Dia tak nak Nizam. Dia dah ada pakwe. Aku Tanya Su balik, ˇ°Su tak kisah ke? Macam mana Su nak kawin nanti? Kalau bakal suami su tau su dah tak da dara?ˇ± Su masih tak kisah. Entahlah. Aku pun tak faham. Ada jugak perempuan yang macam ni. Biarlah. Manusia tak sama. Mungkin pada aku dara tu penting. Mungkin pada org lain tak. Terpulanglah. Itu pandangan masing-masing. Walaupun Nizam pergi kat Su, aku tetap sayang Nizam. Tetap simpan hati dan cinta aku pada Nizam sehingga akhir hayat. Aku sedar hubungan aku tak direstui orang tua ku, aku dan Nizam tak dapat bersama. Tapi aku terpaksa berkorban. Aku tak mahu melihat orang tuaku bersedih. Aku hidup untuk gembirakan orang tuaku yang dah banyak berjasa padaku. Tak akan terbalas pengorbanan dan jasa orang tuaku. Biarlah aku yang terseksa. Dan aku juga amat menyayangi Nizam untuk memaksa Nizam menungguku. Aku terpaksa lepaskan Nizam. Sekali lagi, biarlah aku yang terseksa. Tapi untuk aku mencari pengganti Nizam, tidak mungkin sama sekali. Aku sayang Nizam sepenuh hati. Biarlah masa menjadi bukti cintaku pada Nizam. Sepuluh tahun. Dua puluh tahun. Aku tak berhasrat nak kawin dengan siapa2 pun. Aku punyai kerjaya. Aku boleh sara hidupku sendiri. Aku Cuma perlukan Nizam sebagai teman hidup. Kalau dah ditakdirkan tak dapat, biarlah aku hidup dengan kenangan Nizam sebagai teman aku. Memori aku dan Nizam. Kemesraan dan kash sayang Nizam. Walau macam mana pun, aku hargai kejujuran Nizam. Dan aku hargai ketulusan Nizam menjaga maruahku sepanjang bersamaku. Boleh sangat kalau Nizam nak rosakkan aku. Tapi aku ingat kata2 Nizam dulu

         ˇ°Tak, ayang tak buat. Ayang takkan buat anje macam tu. Ayang nak jaga anje. Ayang x buat.ˇ± Masa di taman permainan di Cyberjaya.

         ˇ°Abang nak simpan sampai kita kawin nanti.ˇ± dan sesungguhnya, Nizam mengotakan janjinya. Nizam tak rosakkan aku. Alhamdulillah. Nizam tak heret aku ke kancah dosa lebih dalam. Alhamdulillah. Nizam masih menghormati aku. Alhamdulillah. Aku masih sayangkan Nizam, dan akan hidup dengan cinta ini. Alhamdulillah atas nikmat cinta yang sejati. Wasalam.

 

Walaupun tak kesampaian, tapi aku bersyukur kerana menemui nikmat cinta sejati. Cinta yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, cinta yang tidak mengenal pangkat dan darjat, cinta yang tidak lapuk dek masa. Zamrul forever.

 

 

Posted at 08:38 pm by idie_shermans
Make a comment  

Sudirman - Jauh Di Sudut Hati

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku

Posted at 08:38 pm by idie_shermans
Make a comment  

Wednesday, January 16, 2008
Why?

It seems like I want to shut my world. I don't want to be connected to anybody. I don't want to open up to anyone anymore. I cannot trust anybody anymore. I wan't to be alone. It seems like the only one I can trust is myself. I don't like friends. I see people everyday, but I don't want to get connected with them. Some friends invited me over to hang out with them, but I created 1001 excuses to get away.

I would rather spend my time alone and on my own. I even realized that I have come to the extent where I would rather sleep in the car because my roomate is back from a nine-month course and I have to share the room with her. I don't like it. Besides, she likes to mess up the room. I can't stand living with a roomate. I would rather come back when she is already asleep or I would opt to sleep in the car.

I want to be isolated. I don't want to mix with other people. I am not interested in anyone else except for my family. I don't want to know anything about anyone else. In my world, there is only a single connection, that is a connection with my family only. Sometimes people wants to be my friend, but I don't feel the need to have friends. In fact I am happier without friends. With a friend around, I always feel anxious. I feel restless and stressful. Am I in a somewhat psycological disorder? Its frightening because outside I seem normal. But inside, i loath connection with human. But I am more connected with objects. I talked to my car as if he understood me. I feel.. (yes, i can actually feel) my car responding back to me like we have some interaction. I kissed my car goodnight everyday like i would kiss a human being. I pat and talked to my laptop as if my laptop is human. Sometimes I can feel their spirit. Its like they are alive. I will be more hurt to have my car scratched than someone I knew met with an accident. Likewise, I seemed indifferent if someone I knew get hospitalized, or have a baby etc. Like I'm numb.

I am always isolating myself like I am running away from something. I seek solace in being my own companion. This is the only time when I am at ease. Is it a disorder? Or am I being particularly shy? Shy? Maybe not the problem. I used to be shy, but i wasn't like this when I was young. I was shy, but I want to talk to people. I considered myself sociable when i was younger. I made friends anytime, anywhere. I'd go far for my friends. I used to have many friends. I travel by bus, I made friend with the passenger, or the bus driver. I went to the shop, I made friend with the shopowner. But now it seems like i dont like people. I dont like to initiate any connection and i prefer not to have anyrelationship with anybody anymore. My world is only my family. And if they are gone, I want to be alone. I don't know why I am acting this way. Aida called several times now and then, but I never picked up her calls. I can't believe I did such thing. She was my best friend. We shop together, we laugh together, we were like sisters. We vowed to stick for each other through thick and thin. But as soon as she is out of sight, I felt compelled to shake her off. She didn't made any mistakes. She never hurt me even once. But I dont want her. Well, she is just one example. There's many more.

Anyway, I don't want to change the way I am because I am happy with ME now. I am happy with myself. I feel free. Its just that I am wondering whether I am normal or not. But for all I know, tonight I'm gonna sleep in my beloved Stallion by the tol plaza and stared into the starry night. All by my own. I miss my family. Yes, staring into the starry night and dreaming of my family back home.

Posted at 07:48 pm by idie_shermans
Make a comment  

Thursday, January 10, 2008
I'll remember you

Words have left us all alone
And something's come between us
To turn the fire cold
Thoughts that chase you in the night
Silently the storm
The life from in your eyes
And I remain alone, no matter who
may try and take your place

CHORUS:
And I'll remember you
The dreams we could of dreamed
The tears I should have seen
We used to say forever
But I'll remember you
Your pure and simple heart
Your shadows painted dark
I will always love you
I'll remember you

Summer rain to fallen snow
We knew that it would last
But there's no way to know
It's such a storm that's in the sky
quietly will pass, quietly we'll cry
And here I stand, alone with every
promise melted through my hands
(Chorus)

Oh, and I remain, alone no matter
who may try and take your place
(Chorus 2x)

I'll remember you....
I'll remember you.....

I will always remember nizam. Memang he made a mark in me. Like a tattoo in my heart, his name was beautifully carved and would never erode. He came by for a visit early this year. We spent the night by the beach kat Bagan Ajam. If only he is still my boyfriend, I would have said that very particular night was the most memorable night ever. After 6 months separation, he found himself missing me. he was all over me. Treated me especially nice, as if I am still his gurl. Too bad he don't have the guts to be an officer too, so he can marry me. He wants me, but he doesn't want to be an officer. I miss him lots. But heck, he did ask for my money b4 he went back to Tapah. Told me he got no money. I refused to give in to him. So he told me he's going to sell his phone. Told me he got RM 30 for the phone. What an unreasonable deal. And I didn't wait to see him off. I went back to my mess. Later that evening, I felt guilty for letting him sell his phone for RM 30. So, I went back to the Bus Station, asking all the shops for the phone. Its easy to identify since the phone doesn't have a backlight. But unfortunately, all three shops i asked claimed they never bought any second hand phones. An eye opener, maybe he lied to me. But even so, he called to say he arrived at Ipoh, and in his barrack later that night. And he still calls once in a while. I miss him lots. Although Nizam would never be mine. I can't believe that even after 7 months of break up, I am still mourning for the loss of his love. Why?

Posted at 08:04 pm by idie_shermans
Make a comment  

Next Page